Beza Irfan dengan Adam? Irfan membiarkan aku buat apa yang aku mahu, macam aku tengah tengok buku, dia pergi tempat lain, bagi aku masa dan privasi. Kalau Adam, dia akan mengikut aku ke hulu ke hilir. Katanya takut hilang! Adam melayan aku seperti budak kecil, di manjakan, dibelai.. Irfan melayan aku seperti aku sudah dewasa. Aku tak tahu mana satu layanan yang aku suka! Tapi kenapa pula aku perlu bandingkan Irfan dan Adam?? Bukan aku dengan Adam ke! Sejak bila pula dengan Adam... arghh mengarut!